Berteduh

keindahan sebuah dusun harus sama-sama dinikmati
melihat kabus mencecah air sungai di waktu pagi
terus bermalam agar suara unggas manjadi teman
berbumbung atap nipah bagai hidup bersilam zaman


tempat berteduh …


Lembah Warisan Budi menyediakan beberapa buah pondok di dalam dusun yang indah ini untuk para tetamu. Pondok atau dangau yang berdinding papan atau buluh yang beratas zink atau nipah agar memberi suasana kampung. 

Tapak khemah juga disediakan bagi mereka yang ingin melalui suasana yang lebih mencabar.

Tandas-tandas yang bersih disediakan berhampiran pondok ala cara orang Melayu dulu-dulu berkampung.

Sebuah dewan terbuka, sebuah kafe terhasil dari pokok hutan dan wakaf untuk besolat terletak mengadap sungai bukit yang cukup menawan.

Mandilah di sungai yang jernih sepuas-puasnya dan bermalam bercahaya pelita atau lampu modern sebagai pilihan..

Semua ini tersedia untuk sama-sama kita nikmati yang pasti mengukir pelbagai kenangan manis... pengalaman yang sukar kita cari dalam hidup serba modern ini.




















Lokasi Lembah Warisan Budi : 

Terletak di Padang Rengas, kira-kira 3 km melalui jalan dusun untuk sampai ke Lembah Warisan Budi. Padang Rengas pula terletak antara pekan Kuala Kangsar dan Taiping. 

• Kira-kira 7 km ke utara dari Tol Kuala Kangsar 
• Kira-kira 15 km ke selatan dari tol Changkat Jering